[VIDEO] Tiba dari Mumbai, tiga ahli ‘Kapten Praba’ terus ke mahkamah

6 days ago 16
Tiga ahli Kapten Praba dikawal anggota polis ketika tiba di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!
  • Oleh KOSMO!
  • 28 Januari 2026, 3:44 pm

SEPANG- Tiga individu yang disyaki sebahagian daripada kumpulan ‘Kapten Praba’ tiba di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang, di sini hari ini bagi menghadapi prosiding mahkamah.

Terdahulu, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 30-an itu tiba pada pukul 1 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki penerbangan komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj Mumbai.

Kesemua suspek dibawa dengan kawalan ketat polis sebelum tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 2.35 petang tadi.

Ketibaan mereka diiringi beberapa kenderaan pegawai polis dan kenderaan rasmi polis berserta sebuah van polis.

Difahamkan, tiga individu tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk proses dokumentasi dan dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |