Tangkap layar berhubung kejadian di Meru malam tadi.
- Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
- 27 Januari 2026, 2:32 pm
KLANG – Polis memburu dua lelaki yang meloloskan diri selepas menyembur alat pemadam api ke arah kenderaan polis sehingga terbabas di sekitar Meru di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian kira-kira pukul 10 malam itu berlaku ketika polis melakukan rondaan dan melihat sebuah Proton Wira dalam keadaan mencurigakan.
“Bagi meloloskan diri, suspek turut bertindak agresif menyembur alat pemadam api ke arah kenderaan polis sehingga terbabas. Dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam insiden ini meloloskan diri manakala kereta yang ditinggalkan telah dirampas,” katanya petang ini.
Tambah Vijaya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

1 week ago
17



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































