[VIDEO] ‘Dia dah pergi selamanya..’, bapa Athira Auni sebak anak sudah tiada

1 month ago 28

PETALING JAYA – “Dia dah pergi untuk selamanya… Pak cik hanya boleh tengok baju dia, gambar dia,”

Demikianlah luahan sebak bapa kepada pempengaruh TikTok, Athira Auni yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran TMG Mall Bandar Putra, Kuantan, awal pagi semalam.

Nurul Athira Auni Mohamad Hafizzan, 21, yang sering membuat kandungan solekan dan menebar roti canai disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden kira-kira 2.30 pagi itu.

Bapa Athira di akaun @mohdhafizzan7 dalam siaran langsungnya pagi tadi, meluahkan kesedihan atas pemergian anaknya yang sering membantu dirinya di kedai dengan menebar roti canai.

Bapanya juga merayu orang ramai memadam sebarang gambar arwah yang boleh mengundang fitnah, khususnya foto yang tidak menutup aurat.

“Kalau siapa ada gambar-gambar dia korang boleh ada tersimpan, tolong padam ya. Sebab orang yang dah pergi ni kita takut jadi fitnah. Tolong kalau ada gambar-gambar tak tutup aurat, tolong padam…,” katanya.

Pemergian pempengaruh itu meninggalkan kesan yang besar kepada pengguna media sosial kerana Allahyarham disifatkan sebagai seorang anak yang rajin dan sering membantu ayahnya menebar roti canai ketika bersiaran langsung.

“Bila tengok ayah Allahyarham ni sebak betul rasa. Sebelum ni Allahyarham yang ambil alih tolong ayah dia tebar roti canai sekarang sunyi sayu je.

“Kenal dekat TikTok sahaja tapi baik dan lemah lembut sangat cara dia bercakap terasa sangat pemergian dia. Orang baik Allah sayang Al-Fatihah,” komen Ieka.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, seorang lagi penunggang motosikal lelaki berusia 20 tahun mengalami kecederaan pada bahagian tangan, siku dan paha.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang lurus di lorong kanan sebelum sebuah motosikal dari arah belakang dipercayai merempuhnya ketika cuba mengelak ke kiri, lalu berlaku pelanggaran.

Berdasarkan video seorang saksi di lokasi kejadian yang dimuat naik di akaun TikTok @denikiqm5rz, wanita itu memberitahu sebelum kejadian terdapat sekumpulan penunggang motosikal didakwa sedang berlumba.

Katanya dia melihat salah seorang penunggang merempuh motosikal dinaiki Athira sebelum bunyi berdentum kuat dan Allahyarham terseret jauh ke depan.

“Bila dah terseret jauh, saya cepat-cepat pergi dekat dia. Saya tak tahu dia dah tiada waktu itu. Saya panggil nama dia ‘Auni, Auni’ sambil tepuk bahu dia.

“Masa tu nampak tangan dia bergerak lagi, nampak masih bernafas pakai mulut, mungkin tengah mengucap. Kemudian abang polis kata Athira sudah tiada sebab tangan dah sejuk. Saya terus meraung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@mhmdiwan4 semoga pakcik terus diberi kekuatan🥹🤲🏻 al-fatihah athiraauni #fyp #athiraauni #auni #alfatihah #justiceforathiraauni ♬ suara asli – Vibes lyrics only🥀 – HairLuxLab Official Store
Read Entire Article
Pertanian | | | |