Gambar hiasan
- Oleh KOSMO!
- 21 Mac 2026, 10:54 am
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, cuaca cerah di seluruh Malaysia dilaporkan pada pagi Hari Raya Aidilfitri hari ini.
MetMalaysia menerusi video pada YouTube menjelaskan, keadaan cuaca cerah dan tiada hujan di Semenanjung yang dijangka boleh berlarutan sehingga petang.
“Dalam masa sama, Sabah dan Sarawak juga dijangkakan keadaan cuaca cerah dan tiada hujan diramalkan berlarutan sehingga awal malam nanti,” kata MetMalaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE
TERKINI

2 hours ago
2





















































