PETALING JAYA – Beberapa perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di beberapa laluan di Lembah Kelang dilaporkan mengalami gangguan perkhidmatannya pagi tadi.
Menerusi beberapa hantaran di media sosial hari ini mendapati kejadian tersebut berlaku di beberapa laluan antaranya Shah Alam, Subang dan beberapa lagi lokasi lain.
Menurut hantaran di Tread seorang wanita yang menggunakan akaun panacetaMOL, dia telah terperangkap lebih daripada sejam dalam keretapi tersebut tanpa bekalan elektrik sejak pukul 8 pagi.
“Sejam dah terperangkap dalam KTM dgn takde electrik ni, lepas 40 minit macamtu baru ada orang datang buka tingkap, pintu tak buka pun.
“Train start berbunyi kuat dan berhenti sekitar pukul 8.23 pagi. Saya tidak tahu masa yang tepat cuma saya terus mesej rakan saya untuk tidak menggunakan KTM hari ini,” jelas wanita terbabit.
Sementara itu, beberapa penumpang lain turut berkongsikan pengalaman mereka yang juga terperangkap di dalam komuter hari ini.
“Kesiannya kak. KTM memang masalah hari ini, saya dekat KTM shah alam tadi. Pekerja KTM suruh cari alternatif sebab takde elektrik. Terpaksa naik grab pergi LRT Subang,” tulis alyaahasbie.
“Ada penumpang yang jalan kaki tadi, hujan pun agak lebat, pengalaman saya sangkut lebih satu jam hari ni,” tulis Kalthomharis. – KOSMO! ONLINE
@malzahari #ktmproblem #fyp ♬ original sound – Mal Zahari
2 days ago
11











![[VIDEO] Pempengaruh dikecam buat live lucah, isteri turut gelak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-06-at-3.28.35-PM.jpeg)





































