Agromakanan sumbang RM145.35 bilion kepada KDNK tahun lalu – Mohamad

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Sektor agromakanan menyumbang sebanyak RM145.35 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah itu adalah 11.4 daripada keseluruhan ekonomi dan ia bukanlah angka yang kecil tetapi adalah gambaran betapa rapatnya sektor itu dengan kehidupan harian rakyat.

Jelasnya, sumbanganu datang daripada tiga komponen utama iaitu subsektor pertanian yang melibatkan tanaman, ternakan dan perikanan menyumbang RM43.04 bilion.

Carta sumbangan agromakanan yang dikongsi Mohamad di lanan Facebooknya.

“Pembuatan makanan dan minuman pula mencatat RM33.82 bilion, membantu memastikan hasil dari ladang dapat dinikmati oleh rakyat.

“Manakala subsektor perkhidmatan seperti borong, runcit serta aktiviti makanan dan minuman menyumbang paling besar, sebanyak RM68.49 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, semua angka itu menunjukkan keterjaminan makanan bukan sekadar soal menghasilkan makanan semata-mata.

“Ia berkait rapat dengan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Bila sektor agromakanan kita kukuh, masa depan negara pun lebih terjamin, Insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |