[VIDEO] Bawa beg ‘gedabak’ pergi kerja, rupanya…

14 hours ago 9

PETALING JAYA – “Mu (awak) tahu? Staf lain tak ada bawa beg mari (datang) kijo (kerja). (Tapi) Beg dia besar gedabak! Rupanya bukan sebab nak bawa baju ‘spare’, tapi nak muat barang curi.”

Itu pendedahan seorang peniaga tentang kegiatan salah seorang pekerja yang sering mencuri wang dan barang jualan di premis miliknya.

Dia berkata, hasil soal siasat, staf berkenaan mengaku melakukan perbuatan berkenaan sejak dari tahun lepas.

“Lama dah, bukan sehari dua. Ruginya? Allah saja tahu, dialah orang terakhir tutup kedai. Jadi dia ambil kesempatan waktu akhir kerja, waktu orang takdok (tak ada).

“Dia simpan barang siap-siap, letak tempat yang CCTV tak nampak. Bila tutup lampu ja, dia sumbat barang-barang curi tu dalam beg,” katanya di media sosial.

Katanya lagi, dia memberikan sepenuh kepercayaan kepada individu itu tetapi malangnya dikhianati.

“Bos ni? Punyalah baik, percaya 100 peratus siap amanah suruh jaga kedai sorang-sorang. Tak masuk campur sangat sebab yakin dia boleh urus.

“Siap bagi ‘reward’ barang kemas, bawa berjalan, cuti staf trip tiap tahun. Belanja makan tak usah cakap lah, selalu sangat. Tapi akhir sekali madu diberi, tuba dibalas.

“Percaya diberi, dikhianat tanpa rasa bersalah. Buat baik pun tetap kena tikam dari belakang. Rupanya, api dalam sekam. Rupanya, manusia kalau tamak… tak kenal erti syukur,” tambahnya.

Perkongsiannya itu meraih pelbagai respons orang ramai yang turut ‘geram’ dengan sikap pekerja tersebut yang tidak amanah walaupun dilayan dengan baik oleh majikan .

“Payah nak cari staf betul-betul jujur,” kata @yuza.

“Kenapa la buat kerja macam tu, padahal boleh bincang dengan bos, ambil dulu suruh bos tolak gaji ke,” ujar @Semanis_haniey.

“Dapat bos baik pun tak reti bersyukur lagi, manusia…manusia,” komen @Ishaaalove. – KOSMO! ONLINE

@dhiah91 Hasil soal siasat, staff ni sendiri mengaku dia duk curi duit dan brg dalam kedai sejak tahun lepas lagi. Lama dh. Bukan sehari dua. Ruginya? Allah je tahu. Dia lah org terakhir tutup kedai. Jadi dia ambil kesempatan waktu akhir kerja, waktu orang takdok. Dia simpan barang siap siap, letak tempat yang CCTV tak nampak. Bila tutup lampu je, dia sumbat barang-barang curi tu dalam beg. Mu tahu? Staf lain xdok bawa beg mari kijo..Beg dia besor gedabak! Rupanya bkn sebab nk bawa baju spare, tapi nak muat barang curi. Bos ni? Punyalah baik. Percaya 100%. Siap amanah suruh jaga kedai sorang-sorang. Tak masuk campur sangat sebab yakin dia boleh urus. Siap bagi reward barang kemas, bawa berjalan, cuti staff trip tiap tahun. Belanja makan tak usah cakap lah, selalu sangat. Tapi akhir sekali, Madu diberi, tuba dibalas. Percaya diberi, dikhianat tanpa rasa bersalah. Buat baik pun tetap kena tikam dari belakang. Rupanya, api dalam sekam. Rupanya, manusia kalau tamak… tak kenal erti syukur. #mardhiahcosmetic #stafmencuri #pengkhianat #takamanah #mencuri ♬ original sound – viralmusichitsofficial
Read Entire Article
Pertanian | | | |