Trump umum tarif Malaysia 19%

19 hours ago 5
Kenyataan mengenai tarif oleh White House bertarikh 31 Julai 2025.
  • Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
  • 1 Ogos 2025, 8:31 am

PETALING JAYA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump mengumumkan tarif untuk Malaysia pada paras 19 peratus, menerusi arahan eksekutif terbaharunya yang disiarkan laman web rasmi The White House.

Kenyataan bertajuk Pengubahsuaian Lanjut Kadar Tarif Timbal Balik bertarikh 31 Julai 2025 itu menyenaraikan jadual kadar tarif bagi 70 buah negara dan rantau, termasuk Malaysia.

Sebagai konteks, negara Asia Tenggara yang lain seperti Vietnam dikenakan kadar 20 peratus, Filipina, Indonesia dan Thailand sebanyak 19 peratus, manakala Myanmar 40 peratus.

Trump mula-mula mengumumkan pengenaan timbal balik sebanyak 24 peratus terhadap barangan import dari Malaysia pada April, sebelum ia dinaikkan kepada 25 peratus pada awal Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |