TIGA individu maut selepas dua buah kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Jemaluang Kota Tinggi, selepas stesen minyak BHP Tanjung Leman, Kota Tinggi, petang tadi.
- Oleh MASTURAH SURADI
- 25 Ogos 2026, 9:47 pm
KOTA TINGGI – Tiga termasuk seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Tanjung Lemak, Jalan Jemalaung di sini, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung nahas membabitkan kereta jenis Honda City dan Toyota Vios itu pada pukul 5.05 petang.
Katanya, seramai lapan anggota bersama jentera dan unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 45 kilometer dari balai bomba.
“Terdapat tiga mangsa tersepit masing-masing lelaki dan wanita berusia 20 dan 21 tahun yang berada di dalam Honda City serta seorang lelaki berusia 31 tahun di dalam Toyota Vios. Ketiga-tiga mereka dikeluarkan anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, pegawai Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi mengesahkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Difahamkan, mangsa yang maut terdiri daripada anggota tentera, pembantu perubatan dan orang awam. – KOSMO! ONLINE

16 hours ago
10




![[KEMASKINI] Bapa dan anak ditemui rentung berpelukan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-26-at-09.50.53-scaled.jpeg)







![[VIDEO] ‘Berjerebu teruk pagi tadi, petang Allah turunkan hujan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/jerebu-hujan.jpeg)





















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














