IPOH – Polis Perak menahan lima lelaki warga tempatan dalam dua serbuan berasingan di daerah Kerian dan Hilir Perak kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memiliki dan menyimpan daun serta air ketum.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, dalam serbuan pertama dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kerian kira-kira pukul 10.30 malam semalam di sebuah rumah di Kampung Nelayan, Tanjung Piandang.
Beliau berkata, polis telah menahan tiga lelaki warga tempatan berumur antara 27 hingga 42 tahun dan semakan awal mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau.
“Hasil pemeriksaan di lokasi, polis telah merampas sebuah botol plastik lutsinar yang mengandungi cecair disyaki air ketum dengan anggaran isipadu 0.6 liter dengan anggaran nilai RM280.
“Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur rumah berkenaan turut menemukan 22 bungkus plastik yang mengandungi cecair disyaki air ketum dengan anggaran isipadu keseluruhan 11.01 liter,” katanya di sini hari ini.
Mohd. Alwi berkata, dalam kes berasingan kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi, sepasukan anggota daripada BSJND Hilir Perak telah menjalankan pemeriksaan di belakang sebuah rumah di jalan Chenderong Balai.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan telah menemukan 22 bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi daun disyaki ketum dengan anggaran berat keseluruhan 196 kilogram bernilai kira-kira RM2,940.
“Dalam serbuan tersebut, dua lelaki warga tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan. Semakan awal mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau.
“Kesemua suspek di siasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.
Mohd. Alwi berkata, rampasan daun ketum dan air ketum tersebut dipercayai untuk tujuan pengedaran dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan serta rangkaian pengedaran bahan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

23 hours ago
9




![[KEMASKINI] Bapa dan anak ditemui rentung berpelukan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-26-at-09.50.53-scaled.jpeg)








![[VIDEO] ‘Berjerebu teruk pagi tadi, petang Allah turunkan hujan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/jerebu-hujan.jpeg)




















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














