KUALA NERUS – Dua beranak yang ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Tok Jembal, di sini hari ini dikenal pasti sebagai Amirul Fahmi Wan Jusoh, 40, dan anak lelakinya, Rehan Yusuf, 9.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan di dalam bilik tidur tingkat atas rumah terbabit.
Amirul Fahmi“Mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari tingkat atas rumah terbabit pada pukul 8.40 pagi.
“Seorang lagi mangsa iaitu ibu Amirul Fahmi, Maimunah Muda, 67, berjaya diselamatkan penduduk kampung yang menyedari kebakaran terbabit,” katanya di lokasi kejadian di Kampung Tok Jembal, di sini, hari ini.
Rehan YusofDifahamkan isteri Amirul Fahmi, Nur Izah Ahmad, 30-an yang baru habis berpantang bersama dua anak mereka yang lain berusia tiga bulan dan tiga tahun berada di rumah ibunya di Paloh, Kuala Terengganu sewaktu kejadian.
Terdahulu, Shahrin Yusmar berkata, sepasukan 24 pegawai dan anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kebakaran pada pukul 2.49 pagi.
Beliau berkata, usaha untuk menyelamatkan Amirul Fahmi dan anaknya, Rehan Yusuf yang terperangkap di tingkat atas rumah menghadapi kesukaran ekoran api kebakaran terlalu marak.
“Kami hanya dapat menaiki tingkat atas dengan menaiki kerangka besi selepas tiga jam dan menemui mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan berpelukan.
“Mayat mereka telah diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4












![[VIDEO] ‘Berjerebu teruk pagi tadi, petang Allah turunkan hujan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/jerebu-hujan.jpeg)





















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














