Tabu bahagia membujang, hanya perlukan lelaki di ranjang?

1 week ago 13
TABU menafikan ada mengeluarkan kenyataan lelaki hanya diperlukannya ketika di ranjang.
  • Oleh TENGKU SUZANA RAJA MAMAT
  • 24 Januari 2026, 10:00 am

TULAR di India aktres terkenal Tabu dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa dia hanya memerlukan lelaki ketika di ranjang dan disebabkan itu masih tidak berkahwin meskipun sudah berusia 53 tahun.

Kenyataan tersebut berbunyi “Saya hanya perlukan lelaki di ranjang, saya gembira dengan kehidupan sebagai wanita bujang.”
Kenyataan panas tersebut menjadi tajuk berita India sekali gus menuai kecaman netizen yang menyifatkan kenyataan itu sebagai sesuatu yang tidak bermaruah.

Namun, kenyataan itu tidak pernah dikeluarkan Tabu sebaliknya dia difitnah pihak tidak bertanggungjawab yang ingin menjatuhkan reputasinya. Menurut wakil Tabu, pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan kenyataan palsu itu.

Read Entire Article
Pertanian | | | |