ANGGOTA polis menahan lelaki Indonesia (dua dari kanan) selepas disyaki terlibat menyeludup migran di Kampung Parit Yassin, Benut, Pontian, semalam. Foto IHSAN POLIS
- Oleh MUHAMMAD ZIKRI
- 27 Januari 2026, 9:50 am
PONTIAN – Sepasang suami isteri warga Indonesia ditahan selepas disyaki terlibat dengan kes penyeludupan manusia dan pengedaran dadah di Kampung Parit Yassin, Benut, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, pasangan suami isteri masing-masing berusia 32 dan 35 tahun ditahan pada pukul 1.20 tengah hari dalam Ops Pintas Tapis Bersepadu.
“Hasil soal siasatan yang dijalankan, lelaki berkenaan berperanan sebagai tekong darat manakala isterinya pula sebagai pengedar dadah sejak tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, saringan ujian air kencing dijalankan mendapati pasangan suami isteri ini positif dadah jenis methamphetamine.
Menurut beliau, lelaki Indonesia akan ditahan dibawah Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), manakala isterinya disiasat dibawah Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

1 week ago
11



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































