KUALA LUMPUR – Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) sehingga separuh tahun pertama tahun lalu
berada pada 227.3 mata iaitu pada purata harga RM490,376 seunit.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, indeks itu berdasarkan laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)
“HRM sebagai satu penunjuk statistik yang mengukur perubahan purata harga rumah dari semasa ke semasa berbanding dengan satu tahun asas yang ditetapkan pada nilai 100.
“Dalam senario Malaysia, tahun asas ditetapkan pada tahun 2010. Secara ringkasnya, indeks ini tidak menunjukkan harga rumah secara mutlak tetapi arah dan kadar perubahan harga rumah, sama ada meningkat, menurun atau kekal stabil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) berhubung langkah kerajaan mengawal kenaikan mendadak harga rumah.
Terdahulu, Aiman Athirah berkata, KPKT cakna terhadap isu peningkatan harga rumah yang berpotensi memberi kesan langsung kepada kemampuan rakyat untuk memiliki atau mengakses perumahan yang sesuai, selamat dan berkualiti.
Justeru, katanya, KPKT melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menetapkan siling harga RM300,000 sebagaimana Dasar Perumahan Mampu Milik Negara bagi memastikan harga rumah terkawal, stabil dan tidak membebankan rakyat.
Selain itu, katanya, KPKT turut melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik bagi memastikan harga ditetapkan selaras dengan kemampuan rakyat setempat.
Kata beliau, pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah hasil daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada 2024.
Jelas beliau, pemetaan itu menjadi rujukan bagi penetapan harga rumah di satu-satu lokaliti dan boleh diakses di papan pemuka maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysian Urban Observatory (MUO) – KOSMO! ONLINE

1 week ago
20



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































