‘Penunggang motosikal yang pakai vest itu ayah saya’

1 month ago 27

GEORGE TOWN – “Terima kasih yang telah rekod video ini sebagai bukti”.

Demikian menurut seorang pengguna media sosial yang dikenali dengan nama Krishnavani Ganesh apabila video menerusi rakaman papan muka atau dascham kejadian kemalangan menimpa bapanya di Jambatan Pulau Pinang di sini, tular di Facebook, semalam.

Menurutnya, dia menghargai bantuan daripada individu yang berkongsi rakaman tersebut dan akan dijadikan sebagai bahan bukti dalam membantu siasatan kes kemalangan yang berlaku di susur masuk jambatan menghala ke Perai.

“Pertolongan anda sangat dihargai. Sebenarnya dia (ayah) dalam perjalanan pergi kerja shift malam. Dia mengalami kecederaan pada kedua-dua tangan dan kaki,” tulisnya.

Sementara itu, pemilik akuan yang dikenali dengan nama Auni Mardhiah pula berkata, dia tidak menyangka video yang dirakam dari kereta ayahnya itu tular di media sosial Facebook.

“Ni dashcam kereta ayah saya. Tak Sangka pula video dascham ada masuk dekat Penang Kini. Hari tu post dekat status WhatsApp ja. Semoga video ini dapat membantu sebagai bukti,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial turut mengecam tindakan penunggang motosikal yang cuba menyelit sebelum merempuh mangsa di laluan kiri selain meminta menampilkan video tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Saman jangan lepas kak…sorry tetap sorry ….saman tetap saman,” tulis Mohd. Nasrul.

“Jenis menyelit menyusahkan orang ni,” balas Pen Biru.

“Sedih pula saya tengok. Kesian sangat. Teringat ayah sendiri. Semogga ayah puan cepat sembuh,” kata Tahirah Redha Ramli.

“Memang banyak yang bawa motosikal atas jambatan laju-laju. Tak sayang nyawa. Kita yang bawa slow (perlahan) pula yang takut,” komen Berry Hassan.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |