Tangkap layar video menunjukkan Sunarso bermandi mana di sebuah lopak air di Jenar, Sragen kelmarin. - TikTok
- Oleh KOSMO
- 22 Januari 2026, 9:30 pm
JAKARTA – Seorang penghulu di Sragen, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian ramai apabila dirakam mandi lumpur di sebatang jalan yang berlubang, lapor portal berita Viral Sumsel.
Kejadian berlaku di daerah Jenar kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @matajateng menunjukkan penghulu dikenali sebagai Sunarso sedang mandi-manda di sebuah lopak air yang dipenuhi lumpur.
Dia bertindak demikian sebagai tanda protes kepada pihak berkuasa agar jalan sepanjang 6 kilometer yang rosak itu dapat segera dibaiki.
“Saya pernah tergelincir dan terjatuh semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Jalan itu kali terakhir diturap kira-kira 24 tahun lalu. Ia bukan sahaja mencetuskan bahaya terhadap pengguna jalan raya, malah menyebabkan kerosakan kepada kenderaan termasuk motosikal,” kata Sunarso.

1 week ago
26



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































