Pelajar perempuan tunjuk jari tengah kepada guru

16 hours ago 6
Pelajar perempuan itu menunjukkan jari tengah di hadapan gurunya di dalam kelas. - Instagram
  • Oleh KOSMO
  • 3 Ogos 2025, 8:30 pm

JAKARTA – Seorang pelajar sekolah menengah di Indonesia menerima kecaman ramai apabila menunjukkan isyarat ‘jari tengah’ di hadapan guru, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan.

Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @gowa_iinfo memaparkan pelajar perempuan itu berulang kali menunjukkan jari tengah di hadapan wajah gurunya yang sedang duduk.

Selepas klip video itu menjadi tular, ibu bapa pelajar terbabit dipanggil ke sekolah.

“Tanpa paksaan, saya memohon maaf kepada guru, pihak sekolah, netizen dan seluruh alumni kerana memburukkan nama baik sekolah.

“Saya terima dibuang sekolah dan bertanggungjawab atas perbuatan saya,” kata pelajar itu. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |