Negara-negara Arab mahu Hamas letak senjata, serah kuasa 

17 hours ago 4

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebilangan negara Arab termasuk Qatar, Arab Saudi dan Mesir buat pertama kali mendesak kerajaan Hamas meletakkan senjata dan melepaskan kuasa di Semenanjung Gaza sebagai sebahagian usaha menamatkan perang di wilayah Palestin, lapor saluran berita CNN.

Liga Arab yang dianggotai 22 anggota, seluruh Kesatuan Eropah dan 17 negara lain  menyokong deklarasi yang ditandatangani pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) anjuran bersama oleh Arab Saudi dan Perancis, Selasa lalu.

Pertemuan di New York itu bertujuan mencari penyelesaian aman krisis Palestin menerusi  pelaksanaan penyelesaian dua negara.

“Tadbir urus, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan di seluruh wilayah Palestin mesti berada di tangan hanya Pihak Berkuasa Palestin (PA), dengan sokongan antarabangsa yang sewajarnya,” kata dokumen bersama itu.

“Dalam konteks menamatkan perang di Gaza, Hamas mesti menamatkan pemerintahannya dan menyerahkan senjata kepada PA. Ia perlu dilakukan dengan penglibatan dan sokongan antarabangsa, selaras dengan objektif sebuah negara Palestin berdaulat dan merdeka,” tambahnya.

Teks itu juga mengutuk serangan berdarah pada 7 Oktober 2023 oleh Hamas ke atas Israel dan mencadangkan penempatan misi penstabilan antarabangsa atas jemputan PA dan di bawah naungan PBB.

Pada Mac lalu, pelan untuk Gaza yang dirumuskan oleh Mesir itu mengecualikan Hamas daripada tadbir urus wilayah tersebut selepas perang tamat.

Pelan itu dibincangkan para pemimpin Arab yang bertemu di Kaherah dalam sidang kemuncak tergempar, dengan presiden Mesir mencadangkan jawatankuasa Palestin untuk mentadbir sementara Gaza.

Jawatankuasa tersebut akan mengambil alih tugas daripada Hamas dan akhirnya menyerahkan kuasa kepada PA. – AGENSI 

Read Entire Article
Pertanian | | | |