Motosikal yang dipercayai digunakan suspek dalam kes samun sebuah kedai emas di Pasaraya Matahari, Bandar Baru Nilai. Foto PDRM
- Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- 21 Januari 2026, 1:28 pm
NILAI – Polis menemukan motosikal yang dipercayai digunakan suspek dalam kes samun sebuah kedai emas di Pasaraya Matahari, Bandar Baru Nilai, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, motosikal jenis Yamaha 150 itu ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian pada pagi tadi.
Menurutnya, Bahagian D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah dipanggil ke lokasi bagi menjalankan siasatan saintifik.
“Bahagian D9 IPK Negeri Sembilan serta detektif Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai turut berada di lokasi bagi menjalankan siasatan di sekitar kawasan penemuan motosikal berkenaan,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam semalam, dua lelaki bertopeng disyaki warga tempatan bertindak berani merompak sebuah kedai emas di dalam pasar raya berkenaan sebelum melarikan 15 dulang barang kemas bernilai kira-kira RM60,000.- KOSMO! ONLINE

1 week ago
16



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































