MK3D dapat pengiktirafan MBOR, Largest Entrepreneurship Fair

20 hours ago 9

PETALING JAYA – Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D 2025) telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR): Largest Entrepreneurship Fair.

Penganugerah tersebut telah diterima Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang hari ini.

KKDW berkata, lebih 1,000 usahawan dan pempamer serta sejumlah 882 reruai keusahawanan telah menyertai MK3D yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Jelas KKDW, ia sebuah inisiatif keusahawanan berskala besar yang menyatukan usahawan seluruh negara di bawah satu platform yang holistik dan inklusif.

Pada majlis sama KKDW berkata, Rubiah turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan Koperasi Peserta-peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB).

“Inisiatif kerjasama ini melibatkan lima inisiatif utama iaitu bidang perladangan; pengilangan dan perkilangan; penternakan, penternakan ikan; dan pertanian asas tani.

“Inisiatif ini dijangka dapat merangsang pertumbuhan sektor ekonomi desa
secara mampan dan berimpak tinggi,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, KKDW memberitahu, Rubiah turut melancarkan platform digital i-Mesra, satu inovasi terkini yang dibangunkan bagi memperkasa usahawan sektor makanan dan minuman (F&B) melalui akses kepada teknologi digital, saluran pembiayaan, dan pengurusan rantaian bekalan secara lebih cekap.

“Platform i-Mesra ini juga berfungsi sebagai sistem rujukan pra-halal digital yang membantu pengusaha makanan mengurus inventori bahan ramuan yang digunakan dalam penyediaan menu masakan dan minuman di premis-premis yang berdaftar.

“Platform ini telah disokong sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan kini akan dilaksanakan secara strategik di bawah KKDW.

“Selain itu, platform i-Mesra ini turut diperkasakan menerusi kerjasama strategik bersama agensi seperti Halal Development Corporation (HDC) Berhad dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC),”ujar KKDW.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |