Keadaan mangsa di pekarangan luar restoran makanan segera di Kuala Langat, malam tadi. (Gambar kecil: Tangkap layar kelonsong peluru dalam restoran tersebut)
- Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
- 5 Januari 2026, 9:38 am
KUALA LANGAT – Suasana di hadapan restoran makanan segera di sini, gempar apabila seorang lelaki maut ditembak, malam tadi.
Kejadian dikatakan berlaku pukul 10 malam dengan difahamkan mangsa sedang makan di restoran tersebut.
Insiden kejadian tersebut turut tular menerusi video di media sosial memaparkan kelonsong peluru dan keadaan mangsa yang terbaring di luar restoran tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

4 weeks ago
22

















































