Kanak-kanak 2 tahun maut ditinggal dalam kereta

1 week ago 13
Lokasi kejadian kanak-kanak lelaki dua tahun maut dipercayai ditinggalkan ibunya dalam kereta di Seremban hari ini. Foto MEDIA SOSIAL
  • Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
  • 27 Januari 2026, 10:27 pm

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dipercayai ditinggalkan dalam kereta jenis Proton Saga di Jalan Tunku Hassan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.15 petang dan siasatan awal mendapati mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta selepas dipercayai ditinggalkan ibunya yang terlupa menghantar ke rumah pengasuh pada pukul 8 pagi.

“Kejadian itu hanya disedari ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 35 tahun pada pukul 5 petang selepas tamat waktu bekerja,” katanya.

Menurut beliau, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Jaafar sebelum dihantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Ibu kanak-kanak itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |