Ikmal Amry makin hebat, pelapis hero Melayu tanah air

17 hours ago 6
Sekarang nama Ikmal Amry tidak lagi sepi apabila dia tular selepas memberi lakonan hebat dalam drama Khianat Yang Terpilih.
  • Oleh NUR EMIRA SAIZALI
  • 11 April 2026, 10:40 am

SEBELUM ini, nama Ikmal Amry mungkin nampak sepi dalam  dunia hiburan meski sudah banyak karya lakonannya meledak.

Namun, sekarang tidak lagi apabila dia tular selepas memberi lakonan hebat dalam drama Khianat Yang Terpilih.

Kata kebanyakan penonton drama tersebut, Ikmal mempunyai potensi besar dan boleh diangkat sebagai antara pelapis pelakon lelaki tanah air.

“Bagus betul babak menangis Ikmal, kami pun jadi sebak juga.

“Babak marah pun nampak kacak, alahai tak jadi nak benci, makin minat pula,” usik netizen.

Bukan saja lakonan dipuji, dia juga masih menerima julukan sebagai Jefri Nichol Malaysia, dalam Threads pun masih kecoh!

Read Entire Article
Pertanian | | | |