
- Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
- 3 Ogos 2025, 9:44 am
PETALING JAYA – Sebanyak tujuh negeri dilanda hujan lebat disertai ribut petir sejak awal pagi ini melibatkan Kedah, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Pahang.
Menurut MetMalaysia, fenomena itu dijangka beransur reda menjelang lewat pagi bagi kebanyakan kawasan terjejas, namun keadaan kembali buruk pada lewat petang hingga malam ini.
“Cuaca buruk pagi ini melibatkan Langkawi di Kedah, kebanyakan kawasan di Melaka, Johor serta pesisir pantai Negeri Sembilan. Di Sarawak, ia membabitkan Bintulu dan Kapit, manakala di Sabah hujan lebat hanya tertumpu di pesisir pantai Tawau.
“Ribut petir lewat petang nanti pula dijangka melanda pedalaman Kedah, Perak, Kelantan, Pahang serta pantai timur Semenanjung dan boleh berlarutan hingga tengah malam,” katanya.- KOSMO! ONLINE