Dua lelaki lemas di Sungai Rayu

2 weeks ago 14
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Oleh CHERINE JON
  • 3 Ogos 2025, 6:39 pm

KUCHING – Dua lelaki mati lemas ketika mandi di Sungai Rayu, Matang dekat sini sebentar tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 20 tahun bersama-sama rakan yang lain berkelah dan mandi di sungai berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 3.55 petang dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, kedua-dua mangsa sudah dijumpai oleh rakan mereka. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh paramedik di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Sungai Rayu merupakan antara lokasi tumpuan pengunjung untuk beriadah dan berkelah pada setiap hujung minggu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |