PETALING JAYA – Seorang bapa mendakwa anak lelakinya menjadi mangsa pedofilia ketika menunaikan solat isyak di sebuah masjid dipercayai terletak di Kuala Terengganu, awal Januari lalu.
Dalam hantaran dimuat naik di Facebook Hafiz Mustafa, kejadian berlaku ketika anak lelakinya yang berusia lingkungan tujuh hingga lapan tahun berada di bahagian pintu masjid sementara dirinya sedang menunaikan solat.
Katanya, pada malam itu dia menunaikan solat di saf hadapan manakala anaknya dikenali sebagai Nuh berada di bahagian belakang bersama rakan-rakan lain.
“Lepas solat, dia datang dekat aku dan cerita satu per satu apa yang terjadi masa jemaah tengah solat. Masa tu dia tengah susun selipar dekat pintu masuk. Kebetulan kawan-kawan yang asalnya sama-sama duk main dekat pintu masuk tadi semua masuk dalam masjid tinggal dia seorang.
“Tiba-tiba datang seorang lelaki dengan motosikal tanya lokasi tandas. Nuh tunjuk arah tandas. Kemudian, abang tu minum air lepas itu dia ajak Nuh teman dia ke tandas. Nuh bersama dia jalan ke tandas. Bila sampai di tandas, dia buka seluar Nuh dan the rest is history (selebihnya hanyalah sejarah),” tulisnya.
Menurutnya, kejadian buruk itu berlaku di tandas masjid dalam tempoh kira-kira empat minit, sebelum suspek beredar menaiki motosikal, manakala anaknya kembali masuk ke dalam masjid.
Bapa tersebut mendakwa terdapat kesan air liur suspek melekat pada bahagian sulit anaknya, namun menegaskan tiada berlaku sebarang ‘tusukan’ pada mana-mana rongga dan tiada perbuatan yang menyebabkan sebarang cecair suspek masuk ke tubuh kanak-kanak itu.
Hafiz turut mendakwa semua pergerakan suspek direkodkan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan telah diserahkan kepada polis, dengan wajah suspek dikatakan agak jelas kelihatan.
Berdasarkan pemerhatiannya, bapa tersebut menganggarkan suspek berusia sekitar 25 hingga 29 tahun.
“Nuh bagitahu dia pernah nampak orang ni sebelum ni (dia pernah cerita yang dia bantu tunjukkan tandas kepada seseorang) tapi masa tu dia tak buat apa-apa lagi.
“Maksudnya, dia (suspek) dah study perangai budak-budak dekat masjid tu. Kalau difikir logik, budak kecik macam tu apa yang dia dapat? Jangan sangka orang gila berfikir macam kita,” katanya.
Bapa itu juga mengakui perkongsian tersebut mungkin mengganggu urusan siasatan, namun tetap memilih untuk berceritakan kejadian tersebut bagi memberi peringatan kepada ibu bapa agar tidak leka dengan faktor keselamatan di persekitaran semasa.
Katanya, membawa anak ke masjid bukan satu kesalahan, tetapi dia mendakwa keadaan persekitaran kini menuntut kewaspadaan lebih tinggi kerana terdapat individu yang sanggup mengambil kesempatan.
Dalam pada itu, Hafiz mencadangkan pihak masjid menyediakan tempat khas untuk kanak-kanak bermain serta menyediakan penjaga sepanjang Ramadan, selain memastikan pemasangan CCTV berkualiti dan bukan sekadar ‘asal ada’.
“Alhamdulillah. Anak aku tak trauma. Dia ok sahaja. Boleh bercerita penuh. Boleh beri kerjasama baik dengan pegawai penyiasat.
“Semoga Allah selamatkan kita dan keluarga dari segala bahaya dan malapetala serta perbuatan orang-orang gila,” katanya. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2

![[VIDEO]’Terima kasih Cikgu Ben, kenalkan SK Balar kepada kami’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-3.55.02-PM.jpeg)




![[VIDEO] ‘Tahulah kubur masing-masing, kiblat tak payah masing-masing’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-2.21.30-PM.jpeg)
![[VIDEO] Ramai rupanya ‘rider’ jadi mangsa sambung jalan di MRR2](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-1.47.35-PM.jpeg)









![[VIDEO] Ajal di rumah Allah ketika sedang solat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-10.22.04-AM.jpeg)
![[VIDEO] Hari pertama Ramadan, bazar penuh manusia sampai tak boleh jalan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/3ab022d7-793b-4408-ac09-869af620d8a7.jpeg)






























