KUALA LUMPUR – Suasana hari pertama Ramadan di beberapa lokasi tumpuan bazar kelihatan sesak apabila orang ramai berpusu-pusu ‘memburu’ juadah berbuka dengan membanjiri gerai-gerai seawal pukul 4 petang.
Menerusi beberapa video tular di media sosial, situasi itu menyebabkan kesesakan luar biasa sekali gus menyebabkan pergerakan pengunjung menjadi terlalu perlahan.
Di bazar Bandar Tun Hussein Onn, berdasarkan video dimuat naik @szaakiddies, kelihatan pengunjung perlu berbaris panjang hanya untuk menuruni tangga kerana bertembung dengan orang ramai dari arah bertentangan.
Situasi yang sama turut dilihat di bazar Jalan Raja Alang, Kampung baru apabila pengunjung perlu berjalan perlahan kerana keadaan ‘lautan’ manusia di lokasi tersebut.
Kelihatan ada yang terpaksa berbaris panjang hanya untuk melalui laluan sempit di antara gerai, selain perlu mengambil keputusan berpatah balik kerana tidak mampu meneruskan perjalanan.
Di Terengganu, situasi sama juga berlaku apabila bazar Kampung Raja, Besut dipenuhi pengunjung yang ingin mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa.
Rata-rata memilih untuk datang seawal pukul 4.30 petang namun sambutan luar biasa di hari pertama Ramadan menyaksikan kawasan bazar sudah dipenuhi pengunjung dalam masa singkat.
Dalam pada itu, di ruangan komen, para peniaga menyifatkan sambutan luar biasa pada hari pertama Ramadan sebagai petanda positif, namun mengakui kesesakan yang terlalu padat boleh menjejaskan keselesaan dan keselamatan pengunjung.
“Alhamdulillah jualan rancak, tapi bila orang terlalu ramai, kita pun risau. Kadang-kadang pelanggan susah nak beratur elok sebab ruang sempit,” kata Hafiz.
“Bazar Ramadan padu teruk. Rezeki peniaga semalam pukul 6 petang dah banyak jualan habis. Ada yang pukul 5.30 pun dah habis,” komen Baijuri Abjat.
Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut mengingatkan agar pengunjung ke bazar mengutamakan kesihatan lebih-lebih lagi pada musim penyakit tibi ini.
“Risau tengok bersesak-sesak lebih-lebih lagi pada musim penyakit tibi. Ambil langkah berjaga-jaga, pakai topeng muka,” komen Yana.
“Yang bawa anak kecil tu hati-hati. Takut berjangkit penyakit tidak diingini,” komen Wee. – KOSMO! ONLINE
@zuhaashop meriah sungguh hari mula” bazar ramadhan kg raja #CapCut #bazaarramadan #kampungraja #besut #puasaramadhan ♬ bunyi asal – zuhaaa
2 hours ago
1



![[VIDEO] Ajal di rumah Allah ketika sedang solat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-10.22.04-AM.jpeg)












































