‘Puasa tak henti caci maki, sampai ada minta saya mati’

1 hour ago 2

PETALING JAYA – “Saya diam lagi kalian suka mencaci maki, seronok kumpul dosa.”

Demikian kata Mia Sara Nasuha yang terkilan apabila netizen terus melemparkan kata-kata kesat terhadapnya susulan tindakannya bersuara mengenai kemelut dengan aktres, Puteri Balqis ketika ini.

Menurut Mia, 22, semakin dia berdiam diri, semakin banyak kutukan, kecaman yang diterima dan netizen terus bercakap perkara negatif mengenainya dalam media sosial.

“Saya boleh berhenti bersuara tetapk adakah kalian juga akan bergenti bercakap tentang saya? Tidak bukan?

“Tapi bila saya akhirnya bersuara tentang kalian memprovokasi saya, baru nak fikir dosa ya,” katanya dalam platform Threads.

Dalam pada itu, membalas komen netizen, dia memberitahu tiada niat untuk memulakan pergaduhan dengan mana-mana pihak sebaliknya kecewa dengan kecaman netizen termasuk mendoakan kematiannya.

“Tiada siapa nak gaduh dan saya sudah cukup diam. Bulan puasa pun kalian tidak berhenti caci maki suruh orang mati dan sebagainya.

“Bulan puasa pun orang tidak berhenti maki saya, tidak berdosa pula?

“Saya nak minta orang berhenti sebab mereka anggap tidak mengapa maki hamun Mia Sara dan tidak berdosa meskipun pada bulan Ramadan,” ujarnya.

Menerusi hantaran lain, dia juga berkongsi tangkap layar mesej hinaan yang diterima daripada seorang individu selain memintanya memohon maaf kepada Puteri Balqis.

Lebih teruk, individu tersebut turut berharap nyawa Mia tidak panjang.

“Kau ini memekak saja bodoh, pergi saja minta maaf dengan Puteri Balqis, tak perlu acah buat video.

“Kenapa tak mati saja betina bodoh,” ujar individu berkenaan.

Kelmarin, Mia tampil mempertahankan dirinya dengan mendedahkan hanya bertemu dengan Puteri Balqis sekali seumu hidup ketika berusia tujuh tahun dan tidak pernah melakukan sebarang perbuatan buli.

Malah, Mia juga mendedahkan disekat Puteri Balqis dalam semua platform media sosial sehingga mendorongnya melakukan permohonan maaf secara terbuka.

Sebelum itu, pada Januari lalu, media sosial panas sebaik Puteri Balqis ‘menempelak’ Mia agar menyelesaikan isu antara mereka dengan dua pilihan selepas Mia didakwa turut pernah memalukan ibunya.

Dalam masa sama, Puteri Balqis menyifatkan tindakan Mia yang mengalirkan air mata di hadapan pihak media baru-baru ini hanyalah sekadar usaha untuk meraih simpati khalayak.

Tidak terhenti di situ, Puteri Balqis turut membangkitkan semula pengalaman pahit menjadi mangsa buli yang didakwa dilakukan Mia ketika mereka memulakan kerjaya dalam industri seni.

Malah, dia turut mendakwa wujud perbezaan ketara keperibadian sebenar Mia dengan imej murni yang dipaparkan menerusi media sosial. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |