CCTV bongkar cubaan lelaki mencuri, ceroboh surau

13 hours ago 7
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan seorang individu menggeledah motosikal selain cuba menceroboh surau di Bantang Kali.
  • Oleh HARRITH HISHAM
  • 24 Februari 2026, 5:48 pm

HULU SELANGOR – Polis giat mengesan suspek yang terlibat kes kecurian dan cubaan menceroboh dalam kejadian di kawasan Surau Batang Kali, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan pukul 10 pagi semalam dan semakan ke atas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang individu mengumpil dan menggeledah bakul motosikal jemaah yang diletakkan di luar surau menggunakan kayu.

“Individu tersebut cuba untuk menceroboh masuk ke dalam surau, namun gagal kerana jemaah sedang mengerjakan solat tarawih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |