Berbuka puasa menu tradisional, urban di Casuarina Kuala Kangsar

14 hours ago 8

KUALA KANGSAR – Mempertaruhkan kira-kira 80 jenis masakan tradisonal khususnya tradisi Perak dan urban Bazaria Selera Perak – Bufet Ramadan 2026 Hotel Casuarina Kuala Kangsar pasti menjanjikan kepuasan kepada pelanggan selepas hampir seharian berpuasa.

Menurut Cef Mohd, Fazi Ramli, tawaran bufet  dengan sasaran 4,000 pelanggan itu menggabungkan kemeriahan bazar Ramadan dengan keselesaan hotel yang menampilkan hidangan tradisional dan urban.

“Cef akan menampilkan keaslian masakan tradisonal Perak dan Melayu terutama Kuala Kangsar iaitu ikan patin masak tempoyak, sambal tempoyak dan laksa yang pasti memikat selera.

“Hidangan lain yang menjadi tumpuan adalah kambing panggang dengan perapan ramuan istimewa yang lembut, garing dengan sos lada hitam yang pasti memukau,” katanya kepada pemberita di Kuala Kangsar baru-baru ini.

Fazi menjelaskan gabungan lauk pauk kampung, sajian gerai panas, hidangan ikan bakar, kuih muih tradisional serta pencuci mulut moden pasti membuatkan sesiapa sahaja kecur liur.

“Setiap seorang dewasa harganya ialah RM75, warga emas (RM69) dan kanak-kanak pula RM52.

“Sebagai pengisian Ramadan dan tanggungjawab sosial, hotel akan menganjurkan agihan bubur lambuk sebanyak 1,000 bekas untuk diedarkan kepada penduduk setempat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |