Anwar junjung kasih Sultan Terengganu, sembah maklum perkembangan negara

5 hours ago 5
Anwar pada sesi menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 12 April 2026, 10:47 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menjunjung kasih kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin atas perkenan menerima beliau menghadap.

Anwar berkata dalam sesi itu, beliau berkesempatan menyembah maklum mengenai perkembangan mutakhir negara serta negeri Terengganu Darul Iman.

Anwar turut mendoakan agar baginda dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera serta dilimpahi rahmat dan hidayah.

“Daulat Tuanku,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |