ANDONG bukan sekadar destinasi pelancongan, malah helaian sejarah yang hidup dan nadi tradisi bangsa Korea.
- Oleh Amri Hassan
- 28 Disember 2025, 9:00 am
LANGIT musim luruh di Korea Selatan memayungi perjalanan saya ke sebuah kota bernama Andong iaitu wilayah yang seolah-olah tidak terusik oleh kesibukan dunia moden. Terletak di pelukan lembah Gyeongsangbuk-do, Andong bukan sekadar destinasi pelancongan, malah helaian sejarah yang hidup dan nadi tradisi bangsa Korea. Setibanya di kota itu, udara sejuknya menyapa lembut, seolah-olah mengajak saya memperlahankan langkah dan mendengar bisikan masa lalu. Deretan rumah kayu bergaya hanok berdiri teguh seolah-olah menyimpan rahsia zaman Joseon. Di sini, waktu seakan kaku. Ia……
Sehari hanya RM0.10 1 Bulan / RM2.99

1 month ago
36

















































