AI, teknologi tinggi mesti seiring akidah dan akhlak – PM

13 hours ago 4

SEBERANG PERAI – Penguasaan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi tinggi perlu bergerak seiring dengan pengukuhan akidah serta akhlak bagi memastikan kemajuan negara tidak kehilangan asas nilai dan kemanusiaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kemajuan teknologi termasuk AI, teknologi maklumat dan pelbagai teknologi moden sememangnya penting untuk dikuasai dalam usaha membangunkan negara, namun ia perlu disokong asas agama dan nilai moral yang kukuh.

“Negara madani tidak tertegak dengan hanya dengan dasar, dengan teknologi baru yang saya sebut menggapai, seolah-olah menggapai di langit.

“Artificial Intelligence, teknologi maklumat, teknologi baru yang moden, itu penting kita kuasai, tetapi asasnya apa? Menggapai di langit mesti mengakar di bumi. Mengakar ke bumi itu akidah, akhlak, syafi’ah, supaya nilai kita dan akhlak kita jaga.

“Islam ini tak terletak kepada hanya slogan atau semangat, tetapi dengan ilmu dan dengan akhlak. Dan ilmu itu kita ambil manfaat daripada tuan-tuan guru kita yang juga boleh memberikan manfaat kepada kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Maulid Akbar Permatang Pauh di Masjid Tengah, Berapit, Bukit Mertajam di sini, malam ini.

Anwar berkata pembangunan negara tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan pencapaian teknologi dan kemajuan material, sebaliknya perlu disertai pembentukan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan mempunyai pegangan agama.

“Islam juga membawa mesej rahmat dan kebaikan kepada seluruh umat manusia, bukan hanya terhad kepada umat Islam.

“Islam ini tegak untuk memberi rahmat, kebaikan kepada semua. Tak betul kalau dianggap ini hanya mesej dan risalah kepada umat Islam, kerana keyakinan itu, itu kita dengan Allah SWT tentunya, bila kita dakwah. Tetapi risalah, mesej itu rahmatan lil alamin.

“Sebab itu bila selalu dalam tegas dalam negara madani ini, kita kata kita agama wasatiyah. Risalah wasatiyah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |