‘Ikan gempa bumi’ panjang 4 meter naik ke pantai 

52 minutes ago 1
SEEKOR ‘ikan gempa bumi’ ditemui terdampar di Pantai Pink 3 di wilayah Nusa Tenggara Barat baru-baru ini. - Lambe Turah 
  • Oleh KOSMO
  • 28 Ogos 2026, 7:00 pm

JAKARTA – Penduduk di Lombok Timur, wilayah Nusa Tenggara Barat terkejut apabila menemukan  seekor ‘ikan gempa bumi’ gergasi sepanjang 4 meter terdampar di tepi sebuah pantai. 

Penemuan dibuat di Pantai Pink 3 berhampiran Desa Sekaroh, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan seorang lelaki dan beberapa kanak-kanak memegang haiwan mirip ular itu yang dinamakan ikan naga atau ‘oarfish’.

Kemunculan ikan tersebut mencetuskan keresahan kepada penduduk tempatan kerana kehadirannya dianggap membawa petanda buruk seperti bencana gempa bumi. 

Pakar-pakar bagaimanapun  menafikan dakwaan itu dan berkata, kemunculan ikan yang hidup di laut dalam itu disebabkan pelbagai faktor termasuk perubahan suhu laut atau penyakit. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |