KUALA LUMPUR – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) mempertingkatkan kekuatan anggota, risikan dan aset di kawasan sempadan negara terutama Kelantan susulan kebimbangan berkaitan risiko kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dari Thailand.
Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penambahan kekuatan itu meliputi kawasan sempadan dari Perlis hingga Kelantan, dengan penekanan khusus diberikan di Kelantan berikutan kedudukan negeri itu yang bersempadan dengan tiga wilayah di selatan Thailand.
“Kelantan kita memberi penekanan kerana kawasan-kawasan yang berlaku bombing (letupan) ini adalah di kawasan Pattani. Kawasan tiga daerah Pattani ialah dan bersempadan dengan Kelantan.
“Jadi kita akan terus memperkasakan penugasan kita. Kita menambah anggota kita, kita menambah anggota risikan dan juga menambah aset,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Menurut beliau, langkah berkenaan turut memberi tumpuan kepada kawasan yang dikenal pasti berpotensi berlaku pencerobohan atau kegiatan penyeludupan.
Katanya, kekuatan di lapangan turut membabitkan elemen Pasukan Gerakan Am selain unit risikan KDNKA bagi membantu usaha pemantauan dan pengumpulan maklumat.
“Daripada PGA untuk melakukan tugas mengikut bidang kuasa KDNKA dan kita akan beroperasi dengan jabatan-jabatan dalam PDRM serta agensi-agensi keselamatan yang lain seperti ATM dan sebagainya,” ujarnya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan kawalan di semua pintu masuk negara diperketatkan dalam usaha membendung sebarang ketirisan dan kepincangan yang boleh menjejaskan keselamatan Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, walaupun tanggungjawab itu di bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia sentiasa bersedia memberikan bantuan. – KOSMO! ONLINE

18 hours ago
9

































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














