KUALA LUMPUR – Popular dengan lagu berunsur kerohanian, penyanyi Hafiz Hamidun mengakui tidak selesa diberi gelaran sebagai pendakwah.
Hafiz, 42, menyifatkan gelaran sedemikian membawa bebanan serta tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul, lebih-lebih lagi berdepan pelbagai kontroversi yang kerap terpalit pada personaliti berimej islamik.
“Sejujurnya saya tak nak orang panggil saya gelaran yang berat. Contohnya ustaz, saya bukan ustaz atau pendakwah.
“Saya tahu benda ini datang dengan bebanan yang sangat berat sebabnya kalau kita pun sedia maklumkan banyak saja kes-kes yang melibatkan personaliti islamik.
“Kalau boleh orang nak cakap apa pun, biarlah mereka tapi saya kena pastikan apa saya buat akhirnya menyebabkan agama kita tak dipandang saya tak nak begitu,” katanya kepada Kosmo! Online semasa pelancaran album Hafiz Hamidun, Salawat The Beloved, hari ini.
Tambah pelantun lagu Arafah itu, dia sentiasa berhati-hati dalam pergaulan demi menjaga nama baik agama serta megelakkan sebarang persepsi negatif daripada masyarakat.
“Kita tak nak istilah menunggang. Susah sebenarnya kerja apa pun semua bidang, cuma dalam bidang islamik lagi susah.
“Kita ada banyak had, banyak benda perlu jaga batas pergaulan kita. Tapi pada saya kena menjadi realistik.
“Saya kawan dengan semua orang sebab kita nak bekerjasama dan faham matlamat kita. Tapi saya cubalah elakkan benda yang boleh menyebabkan kontroversi.
“Saya bekerja dalam bidang muzik, tetapi saya cuba pastikan kalau tak dapat banyak pun, sedikit pun ada orang yang mendapat kesan daripada apa yang saya buat. Itu yang saya mahukan,” jelasnya.
Tambahnya, dia menjelaskan keputusan penampilannya tidak berkopiah dibuat secara sedar demi memecahkan persepsi atau stereotaip masyarakat terhadap penyanyi nasyid.
“Imej pakai kopiah pun saya sebenarnya tak nak pun. Ada pula mak cik-mak cik kata kenapa tak pakai kopiah. Ada yang marah, naayid kena pakai kopiah.
“Tapi saya kata tak semestinya macam itu saya cuba nak keluar daripada stereotaip,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Hafiz melancarkan album terbaharu berjudul Salawat The Beloved yang menghimpunkan selawat dengan nafas baharu. – KOSMO! ONLINE

18 hours ago
8

































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














