PETALING JAYA – “Tak kurang juga yang tag (menandai) dan bertanya, ‘Fadhlina buat apa?’. Soalan yang baik dan rasanya memang wajar dijawab.”
Itu respons Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, susulan tindakan segelintir orang ramai yang ‘gemar’ mengajukan soalan sedemikian setiap kali sesuatu isu berkaitan kementeriannya dibangkitkan.
Fadhlina berkata, beliau akan mulakan satu segmen ‘Fadhlina buat apa?’, untuk berkongsi gerak kerja dan pencapaian pasukam Kementerian Pendidikan (KPM).
“Jadi selepas ini saya akan mulakan satu segmen ‘Fadhlina buat apa?’, untuk berkongsi satu demi satu apa yang telah dilakukan dan dicapai pasukan KPM sepanjang pentadbiran Kerajaan Madani,” katanya menerusi media sosial.
Menerusi hantaran lain, Fadhlina menegaskan, tindakan diambil bukan hanya selepas ia ditularkan, tetapi rujukan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan apakah keutamaan dan agensi terlibat.
“Bukan tunggu viral baru nak bantu. Setiap isu kena tengok keadaan sebenar, keutamaan dan agensi mana yang bertanggungjawab. Sama juga kes buli atau kematian pelajar. Bukan semua saya boleh selesaikan terus.
“Ada yang melibatkan polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan agensi lain. Kalau masih dalam siasatan polis, ada maklumat yang kita memang tak boleh dedahkan.
“Bukan tak ambil tindakan, cuma setiap kes ada prosesnya. Kalau ada ruang dan kemampuan untuk kita bantu, insya-Allah kita usahakan,” tegasnya.
Fadhlina berkata demikian, menjawab kepada orang awam yang mempersoalkan mengapa apabila sesuatu isu berbangkit, mendapat perhatian menteri hanya selepas ia ditularkan.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, permintaan seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Iskandar, Bera Pahang di media sosial supaya sebuah titi dibaiki mendapat perhatian apabila kos sebanyak RM150,000 dilaporkan telah diluluskan.
Perkara itu dimaklumkan Fadhlina menerusi hantaran guru berkenaan yang memohon bantuan bagi menaik taraf laluan tersebut berikutan sering digunakan anak muridnya setiap pagi untuk ke sekolah. – KOSMO! ONLINE

21 hours ago
11

































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














