Abd. Halim (kiri) mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM hari ini.
- Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
- 13 Mei 2026, 2:39 pm
PUTRAJAYA- Datuk Seri Abd. Halim Aman hari ini secara rasmi melapor diri dan memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Beliau dilantik menggantikan Tan Sri Azam Baki menerusi surat pelantikan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Pelantikan tersebut diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694].
Abd. Halim dilantik bagi tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 12 Mei 2028.
Terdahulu, pelantikan beliau bagi menggantikan Azam yang menamatkan perkhidmatan selepas hampir 42 tahun berkhidmat bersama SPRM. – KOSMO! ONLINE

10 hours ago
8
















![[VIDEO] Nik Zawawi beri penjelasan isu ceramah kontroversi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-12-at-11.14.48-PM.jpeg)






























