JOHOR BAHRU – Dua orang suruhan along dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan harta benda empat mangsa, tahun lalu.
Tertuduh, T. Adrian Arvin, 26, dan S. Kaarthivi Raj, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah berasingan.
Di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, kedua-dua tertuduh secara bersama didakwa atas satu pertuduhan pilihan melakukan khianat dengan bahan api dengan membakar bahagian hadapan rumah seorang lelaki sehingga menyebabkan kerosakan harta tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di sebuah rumah di Jalan Kampong Baru Ban Foo, Ulu Tiram di sini pada pukul 1.45 pagi, 19 November 2025.
Di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee pula, kedua-dua rakan itu didakwa atas tiga pertuduhan pilihan melakukan kesalahan sama menyebabkan kebakaran lantai serta pakaian tiga pemilik rumah.
Kesalahan itu masing-masing dilakukan mereka ke atas rumah di Taman Universiti, Iskandar Puteri dan Taman Kota Masai, Pasir Gudang antara 8 November dan 6 Disember 2025.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syafiqah Sha’ari dan Siti Fatimah Mamu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kedua-dua tertuduh dibenar ikat jamin keseluruhan sebanyak RM35,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain perlu lapor diri setiap bulan, pasport perlu diserahkan kepada mahkamah serta tidak dibenarkan mengganggu saksi.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Februari bagi pertuduhan pertama dan 11 Mac depan untuk tiga pertuduhan lain sebagai tarikh sebutan semula kes serta lantik peguam. – KOSMO! ONLINE

6 days ago
13



![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)








































