Wanita maut, Axia dipandu rempuh Alza

13 hours ago 7
Gambar hiasan
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 9 Februari 2026, 6:56 pm

REMBAU – Seorang pekerja makanan segera maut ketika pulang dari tempat kerjanya ke Gemencheh selepas terbabit nahas tiga buah kenderaan di kilometer 34.3 Jalan Seremban-Tampin, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian pukul 1.40 tengah hari itu mengakibatkan wanita berusia 25 tahun maut di lokasi kemalangan.

Katanya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu mangsa merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan pikap jenis Isuzu.

“Kemalangan berlaku ketika kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian sisi kanan MPV dan melanggar pikap. Akibatnya mangsa maut, seorang parah dan lain-lain cedera,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |