Khairuddin.
- Oleh ZULKIFLI MANZOR
- 2 Februari 2026, 4:05 pm
PETALING JAYA – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri menegur cadangan mewujudkan pilihan raya bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia bercanggah dengan pendirian parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.
“Wahai menteri, jangan dijolok sarang tebuan dengan melontar perkara yang parti gabungan tidak persetujui,” tegasnya dalam satu hantaran di media sosial.
Khairuddin berpendapat pilihan raya kerajaan tempatan termasuk untuk Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak perlu dilaksanakan.
Menurut beliau, sistem pilihan raya sedia ada sudah cukup untuk memetakkan masyarakat mengikut kepelbagaian mereka. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
6


![[VIDEO] ‘Kenapa aku nampak kepala terbang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-6.02.02-PM.jpeg)
![[VIDEO] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-5.58.44-PM.jpeg)



![[VIDEO] ‘Faizah…hiburkanlah saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-03-at-3.46.22-PM.jpeg)









































