Vivo X Fold5 telefon lipat pertama dengan bateri 6,000 mAh

18 hours ago 6

PETALING JAYA – Vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran telefon pintar lipat pertamanya di Malaysia, vivo X Fold5 yang prestasi, reka bentuk premium, dan produktiviti dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI).

Dengan berat hanya 217g, Vivo X Fold5 ialah telefon pintar lipat paling ringan keluaran Vivo setakat ini serta dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 3 bertaraf mercu.

Vivo X Fold5 menawarkan peningkatan ketara berbanding model sebelumnya termasuk 30 peratus peningkatan prestasi CPU, 25 peratus peningkatan prestasi GPU dan 20 peratus kecekapan kuasa yang lebih baik.

Dipadankan dengan RAM Ultra LPDDR5X dan storan UFS 4.1, ia memastikan multitugas yang lancar, pelancaran aplikasi yang pantas, dan penyuntingan tanpa gangguan walaupun di bawah beban kerja yang berat.

Malah, vivo X Fold5 menampilkan ZEISS Master Color Display, iaitu paparan paling terang dalam mana-mana telefon lipat vivo dengan kecerahan puncak setempat 4500 nits (pada paparan utama dan penutup) serta reka bentuk mesra mata.

vivo X Fold5 semuanya dalam satu peranti.

Badannya yang ultra nipis berlipat 0.92 cm, ia turut dihasilkan dengan engsel kinematik yang ringan dan tahan lama serta mampu menahan sehingga 600,000 lipatan.

Kelebihan itu juga dapat mengurangkan kesan lipatan skrin dengan ketara untuk prestasi yang lancar dan tahan lama sepanjang bertahun-tahun penggunaan.

Selain itu, vivo X Fold5 dibina untuk ketahanan jangka panjang dengan menawarkan perlindungan tiga kali ganda termasuk rintangan air IPX8 & IPX9, rintangan habuk IP5X dan ketahanan suhu rendah sehingga -20°C.

Menariknya lagi, ia dikuasakan bateri BlueVolt bersamaan 6000 mAh, menyokong 80W Dual-Cell FlashCharge dan 40W Wireless FlashCharge untuk memastikan ia mampu bertahan walaupun pada hari yang penuh cabaran.

Dari segi sistem pistem pengimejan, hasil kerjasama vivo ZEISS dalam vivo X Fold5, ia menawarkan fotografi telefon pintar bertaraf flagship dalam reka bentuk boleh lipat.

Dengan salutan ZEISS T untuk mengurangkan silau dan bayangan imej, meningkatkan ketepatan warna serta memberikan kontras yang lebih baik pada imej, menghasilkan “ZEISS Look” yang tersendiri.

Ia dibekalkan dengan kamera Telefoto ZEISS 50MP dengan Zum Optik 3x dan HyperZoom 100x, dipacu oleh sensor IMX882 bersaiz besar untuk butiran yang jelas walaupun dari jarak jauh.

Kamera Utama Ultra-Sensing VCS Bionic 50MP dengan sensor Sony IMX921 dan VCS True Color untuk ketepatan warna yang menakjubkan dan butiran yang halus.

Kamera Sudut Ultra Lebar 50MP dengan medan pandangan 120° untuk tangkapan landskap, gambar berkumpulan, dan seni bina.

Penambahbaikan berasaskan AI turut memperhalusi imej pada tahap zum tinggi, menghasilkan gambar bertaraf profesional dalam pelbagai situasi.

Gabungan luar biasa itu membolehkan pengguna merakam detik kehidupan dengan kejelasan dan ketepatan warna yang luar biasa, tanpa mengira keadaan.

Selaiin itu, Vivo X Fold5 juga dibina khusus untuk pencipta kandungan dan golongan profesional dengan memperkenalkan rangkaian produktiviti pintar termasuk Origin Workbench.

Ia membolehkan multitugas yang lancar, membolehkan pengguna menjalankan sehingga lima aplikasi serentak, mengurus tugasan dengan mudah, dan kekal terkawal tanpa perlu bertukar antara pelbagai peranti.

Vivo DocMaster memudahkan anotasi PDF semasa mesyuarat dengan fungsi simpan dan kongsi sekali klik.

Ia juga menyokong penukaran format yang lancar antara PDF, Word, dan PPT, serta keupayaan AI terbina untuk penciptaan kandungan terus dalam dokumen.

Smart Call Assistant dan AI Transcript Assist pula menawarkan transkripsi masa nyata, penjanaan ringkasan, dan terjemahan bahasa, sesuai untuk tugasan kerja semasa bergerak.

Menerusi kerjasama dengan Google, pengguna boleh menikmati pengalaman Google terbaik pada Android di vivo X Fold5 dengan ciri seperti Google Gemini.

Dengan Gemini, pembantu AI peribadi anda daripada Google, pengguna boleh meningkatkan kreativiti dan produktiviti, belajar dengan cara baharu, menulis emel, merancang acara, dan banyak lagi.

Vivo X Fold5 ditawarkan dalam varian 16 GB + 512 GB bermula pada harga RM6,999.

Untuk makluman, vivo X Fold5 ditawarkan dalam varian 16 GB + 512 GB bermula pada harga RM6,999.

Pelanggan di Malaysia boleh membuat pra-tempahan vivo X Fold5 mulai 29 Julai 2025 di https://www.vivo.com/my dari 2 Ogos hingga 1 September 2025.

Vivo juga turut menawarkan rebat istimewa sehingga RM200 apabila anda menukar beli model terpilih (jumlah rebat akhir bergantung pada nilai peranti yang ditukar) di semua Kedai Konsep Vivo.

Hanya peranti terpilih layak menerima rebat tambahan RM200 untuk tukar beli.

Untuk maklumat lanjut tentang vivo X Fold5 dan kemaskini keluaran akan datang, layari laman web rasmi, ikuti vivo Malaysia di Facebook, dan lihat lebih banyak kandungan di Instagram rasmi vivo Malaysia.

Laman web rasmi: https://www.vivo.com/my, facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |