[VIDEO] ‘Tidak dapat bayang kalau monyet boleh angkat bayi itu’

5 hours ago 3

PETALING JAYA – Seekor monyet liar yang dilihat cuba menculik seorang bayi sedang serangkak dalam sebuah rumah gagal kerana berat badannya agak berat.

Menerusi perkongsian oleh Yana Rahman1231 di TikTok memaparkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan monyet berkenaan memasuki kediaman tersebut melalui celah jeriji pintu yang terbuka sebelum meluru ke arah seorang bayi yang sedang meniarap di bawah meja.

Haiwan liar itu kemudiannya dilihat cuba mengangkat bayi terbabit, namun usahanya gagal dipercayai kerana bayi tersebut terlalu berat untuk dibawa lari.

“Alhamdulillah tak dapat angkat sebab bayi gemuk tetapi dalam rumah pun sudah tidak selamat sekarang,” tulisnya dalam klip tular itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang menzahirkan rasa cemas dan menasihatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati terutama jika tinggal di kawasan berhampiran hutan atau lokasi yang sering menjadi laluan haiwan liar.

“Tak boleh bayang kalau monyet itu berjaya angkat, entah kemana dan apa yang dia buat dekat bayi ini sebab sudah banyak kes yang seperti ini terjadi,” kata Amelia Balqis.

“Bahaya ini, kalau kena gigit ke hospital lah jawabnya. Wahai pencinta haiwan, tolong selesaikan masalah ini,” komen M. Shafiq.

“Bahaya ye tinggal bayi kalau kawasan rumah ada monyet mcm ni, sebab monyet kalau nampak mana-mana bayi tak kesah bayi kucing ke apa dia akan angkat bawa naik tempat tinggi, dia akan cuba bunuh setiap bayi yang dilihat,” balas Chakey -KOSMO! ONLINE

@yanarahman1231 Alhamdulillah tak dpt angkat sbb baby gemuk #cctv #monyetliar #fyp ♬ original sound – Dewi🥀
Read Entire Article
Pertanian | | | |