PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang menegur sekumpulan gadis secara sinis ketika mereka sedang duduk di sebuah kedai makan mencuri perhatian orang ramai di media sosial.
Menerusi video perkongsian @ftnlaw, wanita yang dipercayai berusia 37 tahun itu dilihat berdiri berhampiran meja kumpulan gadis berkenaan sambil mengeluarkan kenyataan tidak munasabah.
“Maaf kalau akak mengganggu, sebab mesti ‘korang’ budak-budak muda nak mengurat lelaki dekat sini kan.
“Risau budak-budak lelaki ini nak dekat akak, ‘korang’ jadi tak laku,” kata wanita terbabit dalam klip berkenaan.
Kenyataan itu mengejutkan mereka yang hanya tersenyum dan mengangguk sahaja.
Difahamkan, wanita terbabit dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.
“Disebabkan video ini, keluarga dia hubungi saya dan beritahu yang dia sedang bergelut dengan kesihatan mental dan juga sudah minta maaf,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan mengingatkan agar masyarakat lebih peka terhadap isu kesihatan mental.
“Hati-hati la adik-adik sekalian. Sakit mental ini tak dapat tengok dari mata kasar. Jaga diri semua, tolong duduk tempat ramai orang,” ujar 911.
“Patutlah pelik semacam je akak ni, itulah orang kata walaupun nampak normal, tapi kita tak tahu masalah yang dia hadapi, semoga segala urusan akak itu dipermudahkan,” komen Aina. – KOSMO! ONLINE
@ftnlawAs the original owner of the video, I strictly request pada semua yang dah post or share my previous video WITHOUT MY PERMISSION, please take down dgn segera. If anyone came across the video, especially those not blurring this individual’s face, PLEASE REPORT & SPAM FOR REMOVAL. I had my own purpose for doing so, but since the matter has been settled, please stop exposing her. Thanks to the power of viral, the video has now reached the family of the woman involved. They have acknowledged that she is struggling with mental health issues and have extended their apologies for the distress caused to us and to others who may have been affected. 🚨‼️ If korg terjumpa akak ni one day, please JANGAN GANGGU DIA. Kita tak nak dia makin tertekan. She’s not stabil and her family akan cuba bantu dia sebaik mungkin. If korg ada any suggestion to help this akak (contoh support, therapy, NGO, etc), do share it here. TQ♬ original sound – ftnlaw