PETALING JAYA – Tindakan seorang suami membeli pakaian menyerupai baju hospital semata-mata mahu tampil sedondon dengan isterinya yang mahu bersalin mencuit hati pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Cheahjamaluddin, wanita itu berkata, ketika itu dia berada di hospital untuk melahirkan anak, namun suaminya tetap berusaha mengekalkan ‘tradisi’ sedondon sempena Hari Raya Aidilfitri.
Apa yang mencuri perhatian, lelaki itu sanggup membeli baju berwarna merah jambu yang hampir sama dengan pakaian hospital dipakai isterinya.
“Dia buat hal. Aduhai letihlah. Dia kata masih raya kan boleh sedondon, penat gelak dari tadi,” katanya.
Wanita itu turut berkongsi tangkap layar pakaian yang dibeli suaminya di TikTok Shop berharga RM20.99, sekali gus mengundang reaksi lucu dalam kalangan netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain menyifatkan usaha kecil itu sebagai satu usaha yang cukup bermakna.
“Bajet RM21 saja dah boleh menghiburkan isteri. Tahniah,” kata @Goldengorgon.
“Benda-benda macam inilah selalunya isteri akan ingat sampai bila-bila, nampak kecil tetapi sangat berharga,” ujar @Shyasmin.
“Terima kasih kerana jadi suami yang baik dan bahagiakan isteri. Semoga kalian kekal bahagia sampai syurga,” komen @Aifa. – KOSMO! ONLINE
@cheahjamaluddin Dia buat hal guys 😂😂😂 Adoi letihlahhhh dia kata masih raya kan boleh dondon, penat gelak dari tadi 😂🤣🤣🤣 #rayasedondon #fyp #funnymoments ♬ original sound – Cheahjamaluddin
10 hours ago
7















































