[VIDEO] Rider cemas, makanan pelanggan dicuri ketika hantar pesanan

1 day ago 6

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan berdepan detik mencemaskan apabila makanan pelanggan dicuri ketika sedang membuat penghantaran di sebuah pangsapuri di Kajang, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh pengguna @alafif.2024, lelaki tersebut memaklumkan kejadian berlaku ketika dia naik ke unit rumah pelanggan untuk menghantar pesanan.

Namun sebaik selesai penghantaran dan kembali ke motosikalnya, dia terkejut apabila mendapati satu lagi pesanan pelanggan yang disimpan di dalam kotak penghantaran telah hilang.

“Kali pertama kena macam ni sepanjang buat penghantaran makanan,” tulisnya.

Menurutnya, dia bersama pelanggan telah membuat aduan kepada pihak khidmat pelanggan dan perkara itu berjaya diselesaikan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan kebimbangan serta menasihati penghantar makanan supaya lebih berhati-hati.

“Risaunya, saya sudahlah selalu tinggal beg dan dompet dalam kotak tu. Tak terfikir pula benda macam ni boleh jadi,” komen Faiz.

“Untuk abang-abang ‘rider’, saya cuma nak pesan jangan tinggalkan apa-apa barang dalam kotak dan kalau boleh periksa dulu, takut ada orang sengaja letak barang terlarang,” kata Airul Azwan.

“Makanan orang pun sanggup curi. Nasib baik ambil makanan saja, kalau curi sekali dengan motor, memang tak tahu nak kata apa,” ujar Zenitsu. – KOSMO! ONLINE

@alafif.2024 First time kena macam ni sepanjang buat food delivery #abangriderbajumelayu #elrahexclusive #rider #grabfood #moto ♬ original sound – Abang Rider Baju Melayu
Read Entire Article
Pertanian | | | |