[VIDEO] Kaki Talang kena potong, doakan terus sihat dan gemuk

1 day ago 6

PETALING JAYA – Seekor kucing kaki kudung yang sebelum ini tular dikatakan dibuang di Pulau Talang, Perak, kini dalam keadaan sihat biarpun satu daripada kaki haiwan itu terpaksa dipotong akibat jangkitan.

Menerusi perkongsian seorang lelaki pada TikTok Frugal Out Doors & Camping, yang menemui kucing tersebut pada tiga bulan lalu, dia berkongsi video keadaan terkini kucing tersebut yang diberi nama Talang.

“Masih ingat tak kucing yang ditinggalkan di Pulau Talang. Dah tiga bulan Talang diselamatkan daripada terus lapar dan haus tengah pulau.

“Tiga bulan kemudian, inilah keadaan Talang sekarang. Kaki yang cedera dan dijangkiti itu terpaksa dipotong. Talang ada sakit FIV, setakat ini dia okey.

“Cuma teruskan makan makanan tambahan dan untuk kawal immune (kebal). Doakan Talang terus sihat dan gemuk ye,” menurut hantaran tersebut.

Dalam pada itu, pengguna TikTok turut mendoakan kesembuhan Talang dan berterima kasih kepada lelaki tersebut yang menyelamatkannya.

“Moga murah rezeki insan baik yang tolong Talang. Moga kebaikan kepada Talang jadi asbab untuk terpilih masuk ke syurga Allah. Makin bulat perut Talang,” komen Ain.

“Saya menangis dan gembira tengok Talang diselamatkan. Sekarang tengok, Talang seronok dan semakin cantik. Terima kasih banyak-banyak tuan, semoga tuhan berkati awak dan sekeluarga,” komen Fay Jay.

“Allah saksi kebaikan saudara kepada kucing ini,” kata Alin Zahra.

Kosmo! Online pada November lalu melaporkan, seekor kucing kaki kudung dikatakan dibuang di Pulau Talang, Perak kini meneruskan hidup bersama keluarga baharu selepas ia diselamatkan oleh seorang lelaki.

Menerusi beberapa hantaran video oleh Facebook Frugal Outdoors & Camping, pemilik akaun tersebut datang berkayak ke Pulau Talang dan menemui kucing berkenaan dalam keadaan kurus dan lapar.

Lelaki itu turut meminta mana-mana pihak yang boleh menyelamatkan kucing tersebut serta menghantarnya ke daratan.

Bagaimanapun, lelaki itu datang semula ke Pulau Talang itu dua hari kemudian dan menemui semula kucing tersebut serta menyelamatkan haiwan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

@frugaloutdoorsandcamping Selepas 3 bulan diselamatkan dari pulau tak berpenghuni🥲..inilah keadaan Talang sekarang🐅😬 #cat #catsoftiktok #save ♬ slipping through my fingers – sadvibes🥀
Read Entire Article
Pertanian | | | |