[VIDEO] Helikopter terhempas: Lokasi bangkai ditanda pelampung

2 hours ago 2

ISKANDAR PUTERI – Bangkai helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah di sini semalam masih belum dinaikkan.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati sehingga tengah hari ini tiada pergerakkan kerja-kerja menaikkan bangkai helikopter jenis AS355N nombor pendaftaran 9M-PHG terbabit.

Hanya kelihatan dua buah pelambung hitam diletakkan di lokasi insiden sebagai penanda kawasan bangkai helikopter terbabit tenggelam.

Difahamkan, siasatan insiden sedang giat dijalankan dan proses mengapungkan bangkai helikopter terbabit akan dilakukan selepas siasatan awal selesai dijalankan.

Semalam, Kosmo! melaporkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, siasatan insiden itu memerlukan bantuan serta kepakaran khusus daripada pelbagai agensi lain.

Jelasnya, sehingga kini pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut berkaitan pencarian kotak hitam helikopter bagi membantu siasatan punca kejadian.

“Kita masih menunggu maklumat daripada kotak hitam. Usaha sedang dibuat dengan menggembleng beberapa agensi termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), APMM dan lain-lain yang mempunyai kepakaran,”katanya selepas melawat lokasi kejadian di Jeti APMM di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi semalam, dua kru helikopter dilaporkan kritikal manakala tiga yang lain dilaporkan stabil.

Kru yang kritikal melibatkan seorang pegawai dari Unit Gerakan Udara PDRM dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

Kelima-lima mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dekat sini.

Helikopter tersebit terhempas ketika melakukan lintas hormat semasa Latih Amal Pelbagai Hala Sekuriti Nuklear Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura 2025 (MITSATOM 2025) di Jeti Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jalan Cabang, Pekajang, Gelah Patah di sini.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |