[VIDEO] ‘Hari-hari Tok Wan lari rumah’

8 hours ago 5

PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki warga emas yang ‘merajuk’ dan cuba melarikan diri dari rumah sambil membawa kain bunjut berisi pakaian mencuit hati netizen apabila tindakannya itu sempat dirakam cucunya.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Amysapina1, lelaki warga emas itu dilihat berdiri di tepi jalan sambil menunggu cucu-cucu memujuknya pulang.

“Sebab video comel sangat, kita kongsi sini gelagat tok wan yang hari-hari lari rumah… pantang lepa je, hilang saja. Ini kira angin baik, pergi pujuk dia nak balik… kalau angin tak baik, kena marah saja,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Video berdurasi beberapa saat itu meraih perhatian ramai yang terhibur dengan ragam spontan ‘tokwan’ tersebut yang dipercayai merajuk.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami kerenah warga emas yang mudah tersentuh hati apabila meningkat usia.

“Orang yang dah berumur perangainya dah macam budak-budak, mudah merajuk sebab tu kena sabar,” komen Kamelah Yus.

“Dia nampak je cucu dia terus dia pusing buat muka merajuk. Comelnya lah perangai tokwan,” kata pengguna lain.

“Hahaha comel! Tegak je dia berdiri tunggu cucu dia pujuk, mogok tanda merajuk,” ujar Tasya.

Setakat ini, hantaran tersebut telah meraih lebih 1 juta jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE

@amysapina1sbb vid comel sgt kite share sini gelagat tokwan yg ari2 lari umh..pantang lepa hilang saja. Ni kira angin baik..g turut dia mau balik..angin tak baik yg turut tu kena marah free saja moga sihat2 semua kesayangan ku di kg..yg hari2 bersilat jaga abah 💗

♬ Terus Berjuang – Jemari Besi

Read Entire Article
Pertanian | | | |