[VIDEO] Gempar, pocong Kampung Parit Kasa akhirnya ditangkap

17 hours ago 6

PETALING JAYA – Misteri kelibat pocong yang menggemparkan penduduk Kampung Kuyung dan Parit Kasa di Parit Buntar, Perak akhirnya terungkai selepas entiti itu berjaya ditangkap, baru-baru ini.

Menerusi klip video dikongsikan pemilik TikTok Solo Ambush, dia berkata, misteri pocong ‘mengamuk’ di kawasan berkenaan telah berjaya dirungkai susulan penemuan entiti itu di Kampung Parit Sasar.

“Aku cukup teruja dengan penemuan pocong ini sehinggakan aku terus berkejar ke arahnya. Tetapi, apa yang dijumpai sangat mengecewakan.

“Rupa-rupanya, pocong ini adalah seorang anak muda yang cuba membuat ‘prank’ kepada orang yang lalu-lalang di kawasan itu. Mungkin sebab orang lain lari, tetapi aku terus kejar, mengejar ke arah beliau,” katanya.

Pada masa sama, Solo Ambush turut memuat naik video penemuan pocong itu memaparkan seorang pemuda mengenakan kain putih dan bersembunyi di sebalik semak dekat persimpangan jalan Kampung Parit Kasar.

Ketika diperiksa, lelaki itu mengakui dia hanya bertindak sedemikian bagi membuat ‘prank’ terhadap rakannya yang melalui laluan berkenaan.

Sehubungan itu, individu berkenaan turut menerima teguran dan nasihat daripada penduduk kampung bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya dilakukan.

Terdahulu, tular di media sosial kelibat entiti pocong menyebabkan penduduk Kampung Kuyung dan Parit Kasar dalam ketakutan.

Perkara itu mendapat perhatian Solo Ambush yang melakukan siasatan sehingga berjaya menangkap individu yang menjadi dalang dalam kegiatan terbabit. – KOSMO! ONLINE

@solo_ambush_official Cerita di kampung Parit Kasa semalam. Tidak sepaturnya berlaku perkara sebegini. Misteri terungkai, terima kasih kepada semua penduduk & AJK setempat. Moga tiada kejadian seperti ini berlaku lagi. #fyp #pocong #SoloAmbush #misteri ♬ original sound – Solo Ambush ☆☆☆
Read Entire Article
Pertanian | | | |